Lelaki ditahan seleweng diesel guna lori ubah suai

Lelaki ditahan seleweng diesel guna lori ubah suai

LORI yang ditahan kerana memiliki tangki tambahan yang diubah suai untuk mengisi diesel bagi tujuan penyelewengan di Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki cuba menyeleweng minyak diesel menggunakan sebuah lori yang diubah suai dengan memiliki tangki tambahan di sebuah stesen minyak, semalam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, lelaki berusia 52 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1.30 petang ketika sedang mengisi minyak di di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, di sini.

“Hasil pemeriksaan terhadap lori tersebut telah menemukan tangki tambahan yang diisi minyak diesel anggaran 1,500 liter.

“Nilai minyak diesel yang cuba diseleweng itu berjumlah RM3,225 dan lori tersebut kemudian turut disita untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dibaca bersama Peraturan 3(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Affendi memaklumkan, siasatan turut dijalankan terhadap stesen minyak berkenaan di bawah Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

“Jika sabit kesalahan, individu didapati bersalah boleh didenda tidak lebih RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, manakala untuk kesalahan kedua, boleh didenda tidak lebih RM3 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

“Untuk pertubuhan perbadanan pula boleh didenda tidak lebih RM2 juta untuk kesalahan pertama dan RM5 juta untuk kesalahan kedua,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya