PETALING JAYA: Walaupun pada realitinya hampir 50,000 kontraktor pelbagai kelas gulung tikar sejak tahun 2018, lambakan lesen baharu dikeluarkan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) menyempitkan lagi periuk nasi pemain industri pembinaan. Mana tidaknya, berdasarkan statistik bulan lalu, jumlah keseluruhan kontraktor kelas G1 hingga G7 bertambah lebih sekali ganda apabila mencatatkan sebanyak 136,000 lesen baharu dan sedia ada berbanding 60,000 lesen pada tahun 2019. Memberitahu Mingguan Malaysia, Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Seri Mohamed Fadzill Hassan berkata, hal ini berlaku disebabkan tindakan kerajaan pada 2019 yang membuka semula permohonan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya