Laluan kontra di Lebuhraya Shah Alam bagi pembinaan WCE

Laluan kontra di Lebuhraya Shah Alam bagi pembinaan WCE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE) memaklumkan akan pelaksanaan laluan kontra di Lebuhraya Shah Alam (LSA) secara berperingkat bermula dari KM23.0 hingga KM23.5 di kedua-dua arah yang akan dilaksanakan pada Eesok dan Ahad ini.

Untuk esok 18 Mei laluan kontra arah Timur (arah Subang/Kuala Lumpur).

Sementara bagi Ahad 21 Mei laluan kontra arah Barat (arah Shah Alam/Klang).

WCE dalam satu kenyataan memberitahu, pelaksanaan laluan kontra ini bagi membolehkan kerja-kerja pelancaran rasuk jambatan merentasi LSA dijalankan bagi projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (Taiping – Banting).

Pengguna LSA adalah dinasihati agar memandu dengan berhati-hati serta mematuhi arahan papan tanda dan petugas trafik di lokasi yang berkenaan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja ini.

WCE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya