Kumpulan pertama 284 bakal jemaah lakar sejarah transit dari luar berlepas ke KLIA

Kumpulan pertama 284 bakal jemaah lakar sejarah transit dari luar berlepas ke KLIA

SERAMAI 670 petugas haji berlepas ke tanah suci meliputi pasukan kebajikan, perubatan, beberapa agensi luar dan media tempatan berlepas pada 12 Mei dan 14 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kelazimannya kumpulan sulung bakal jemaah haji berlepas ke tanah suci dengan diraikan terlebih dahulu di Pusat Konvensyen Movenpick KLIA, Sepang, Selangor.

Mereka kebiasaannya merupakan jemaah sekitar Lembah Klang yang akan mendaftarkan diri di Kompleks Tabung Haji KLIA itu sebelum dibawa menaiki bas khas ke KLIA.

Kelompok tersebut yang juga dirujuk sebagai KT01 kerana diangkut dengan penerbangan pertama dianggap istimewa malah diraikan sendiri pemimpin negara kita di pusat tersebut.

Walau bagaimanapun, kali ini pula acara pelepasan itu melakar sejarah agak unik apabila tradisi ini bertukar dengan kumpulan awal itu merupakan jemaah dari dua negeri berbeza iaitu Kedah dan Kelantan,

Menurut jadual aturcara disediakan pihak Tabung Haji kepada media tempatan, kumpulan itu transit di KLIA menaiki pesawat masing-masing di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar dan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu pukul 9 malam ini.

Mereka yang berjumlah seramai 284 orang itu dijangka sampai di KLIA pada pukul 10.30 malam sebelum menaiki pula pesawat Saudia penerbangan SV 841 pukul 2.15 pagi esok.

Berdasarkan aturcara yang diedarkan kepada media, kumpulan itu akan diraikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Tabung Haji, Syed Hamadah Syed Othman dan Pengarah Eksekutif Haji Tabung Haji merangkap selaku Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Kumpulan berkenaan dijadualkan tiba terus di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada pukul 5.50 pagi (10.50 pagi waktu Malaysia) esok.

Pada 4 Jun tahun lalu, seramai 295 orang jemaah menjadi kumpulan pertama berlepas ke dengan menaiki pesawat Saudia penerbangan SV 5635 dari KLIA pukul 1.35 tengah hari iaitu sebahagian daripada 14,306 orang jemaah Malaysia susulan kuota terhad ditetapkan Arab Saudi untuk penduduk warga asing.

Untuk tahun ini, kuota rasmi jemaah haji Malaysia kembali kepada asal iaitu 31,600 orang dengan penerbangan terakhir ke tanah suci dijadualkan berlepas dari KLIA pada 21 Jun.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya