Kuganu sasar jualan produk IKS Terengganu RM350,000 tahun ini  - Utusan Malaysia

Kuganu sasar jualan produk IKS Terengganu RM350,000 tahun ini 

SEBAHAGIAN daripada usahawan IKS yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kuganu di  Kompleks Usahawan Terengganu, Kubang Jela, Manir, Kuala Nerus, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Koperasi Usahawan Groom Big Terengganu Berhad (Kuganu) menyasarkan jualan produk usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sebanyak RM350,000 pada tahun ini berbandingRM50,000 yang direkodkan pada tahun lalu.

Pengerusi Kuganu, Norlukmal Mat Ghani berkata, pihaknya yakin dapat mencapai sasaran itu hasil beberapa strategi yang diatur untuk semua usahawan yang bernaung di bawah koperasi tersebut.

Menurutnya, ketika ini, terdapat lebih 50 produk didaftarkan kod unik (Stock Keeping Unit-SKU)  di Hub Kuganu yang terletak di Kompleks Usahawan Terengganu dekat Kubang Jela, Manir dekat sini.

Katanya, pada tahun ini, Kuganu menyasarkan penambahan sehingga 100 produk keluaran usahawan IKS terutamanya dari negeri ini.

“Walaupun baru hampir empat tahun Kuganu ditubuhkan, banyak manfaat telah diperoleh usahawan-usahawan, malah dividen keuntungan koperasi telah diberikan pada tahun lalu buat kali pertama dan kita menjangka nilai dividen pada tahun ini akan lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kuganu di  Kompleks Usahawan Terengganu dekat Kubang Jela, Manir, semalam.

Pada majlis itu, terdapat tujuh Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah dimeterai antara Kuganu dan beberapa syarikat untuk membantu mereka dalam aspek pemasaran, pengurusan serta hub pengumpulan dan produk IKS Terengganu.

Norlukmal memberitahu, Kuganu turut berkolaborasi dengan hub-hub negeri seperti Hala valley di Plaza Angsana Johor serta Sosial Bispoint di Seksyen 14, Shah Alam bagi pasaran Selangor, malah produk KUGO juga telah memasuki pasaran di Singapura dan Brunei.

“Kuganu juga membantu usahawan untuk mendapatkan pensijilan pengesahan halal, pengiktirafan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP), Sistem Pengurusan Kualiti ISO, pendaftaran penjenamaan dan pemasaran serta khidmat pakar dalam pendigitalan bisnes.” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya