KUALA TERENGGANU: Dua blok kuarters guru di Kampung Tanjung Kedai Buluh di sini menjadi tempat lepak penduduk selepas ditinggalkan usang sejak hampir 15 tahun lalu. Seorang penduduk, Hashim Mokhtar, 56, berkata, tiada pembangunan semula dibuat terhadap bangunan itu yang pernah menempatkan 30 keluarga guru sekolah berdekatan. Katanya, setiap unit di kuarters itu kosong apabila semua perkakas besi dan pendawaian dicuri pihak tidak bertanggungjawab sejak ia tidak berpenghuni. “Sekitar awal 2007 terdapat ramai guru di sekolah-sekolah sekitar menetap di kuarters setinggi empat tingkat ini namun lama-kelamaan seorang demi seorang meninggalkan kediaman…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya