KPWKM atur sesi kaunseling untuk keluarga Muhammad Hawari - Utusan Malaysia

KPWKM atur sesi kaunseling untuk keluarga Muhammad Hawari

AIMAN ATHIRAH Sabu (tengah) melancarkan dua buku sempena Seminar Kesejahteraan Wanita di LPPKN Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini. - Pix: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KEPALA BATAS: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mengatur sesi kaunseling kepada ahli keluarga pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33, yang dilaporkan hilang selepas berjaya menawan puncak tertinggi dunia itu 10 hari lalu.

Timbalan Menterinya, Aiman Athirah Sabu berkata, bantuan berhubung khidmat kaunseling itu sudah dibincangkan di peringkat kementerian.

“Kita ambil maklum keluarga Muhammad Hawari tinggal di Kepala Batas dan memiliki isteri serta sepasang anak yang juga OKU pendengaran.

“Kita akan bantu dari sudut kaunseling kerana keluarga ini sedang melalui saat mendukakan.

“Justeru, kita kena beri sistem sokongan yang kuat kepada keluarga ini tatkala mengharungi masa sukar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesejahteraan Wanita dan sambutan Hari Ibu 2023 Peringkat Negeri Pulau Pinang di Pusat Keluarga LPPKN Bertam, di sini hari ini.

Hari ini, media melaporkan misi mencari dan menyelamat Muhammad Hawari akan diteruskan selepas mendapat ihsan daripada pihak berkuasa Nepal yang mengendalikan aktiviti mendaki ke puncak tertinggi dunia itu.

Ketua Misi ME 2023 (ME 2023) yang juga Presiden Kelab Eksplorasi Altitude Malaysia, Azim Afif Ishak, 33, berkata, pihak berkuasa Nepal menutup aktiviti mendaki ke puncak Everest bermula hari ini, namun dengan bantuan Kedutaan Malaysia di Nepal pihaknya telah mendapat ihsan selama lima hari bagi meneruskan misi SAR Muhammad Hawari.

Misi SAR itu dijangka bermula esok dan bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa kastam negara itu yang masih belum memberi pelepasan kepada satu dron yang dihantar melalui kargo dari Malaysia pada Sabtu lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya