Konvensyen PH-BN manifestasi kerajaan kukuh - Utusan Malaysia

Konvensyen PH-BN manifestasi kerajaan kukuh

PH-BN
AMIRUDIN Shari (duduk, kiri) menghadiri Majlis Jalinan Aidilfitri PKNS di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penganjuran Konvensyen Nasional oleh Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bersama parti-parti politik lain di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, semalam, membuktikan kerajaan terus kukuh.

Menurut Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari, penganjurannya sekaligus menepis segala dakwaan gabungan PH-BN itu menghadapi masalah hingga mengganggu kestabilan Kerajaan Perpaduan.

“Konvensyen semalam yang paling penting saya rasa muafakat yang padu dalam kalangan pimpinan utama dan ia menghapuskan dakwa-dakwi tentang perpecahan ataupun keruntuhan kerajaan seperti yang diuar-uarkan sesetengah pihak.

“Ia adalah petanda baik semua kelompok dalam Kerajaan Perpaduan bersedia untuk duduk semeja, bersedia merancang dan melupakan beberapa perbezaan dan mencari titik persamaan untuk memulihkan dan mentadbir hingga penggal ini habis,” katanya. selepas menghadiri Majlis Jalinan Aidilfitri PKNS, hari ini.

Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, konvensyen gabungan tersebut turut memberi impak kepada perbincangan kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) antara PH dan BN negeri.

“Kesannya tidak ada lagi isu-isu terlalu tegang seperti isu berpecah dan sebagainya.Impak konvensyen ini, ia akan memberi kesan yang baik dalam perundingan kerusi yang akan dimuktamadkan di peringkat persekutuan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya