KLIP, CDSEA tandatangani LoA RM800 juta

KLIP, CDSEA tandatangani LoA RM800 juta

ANWAR Ibrahim menerima cenderahati daripada Noormustafa Kamal Yahya pada majlis menandatangani LoA antara LBSB dengan CDSEA di Dewan MIEC, Padang Matsirat, Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Kuala Linggi International Port (KLIP) menerusi anak syarikatnya, Linggi Base Sdn. Bhd. (LBSB) menandatangani surat setuju terima (LoA) dengan CCCC Dredging Southeast Asia (CDSEA) bernilai RM800 juta.

Pengerusi Eksekutif KLIP, Tan Sri Dr. Noormustafa Kamal Yahya berkata, perjanjian itu melibatkan kerja penyambungan penambakan projek Linggi Base di kawasan seluas 251 hektar yang dijangka bermula suku ketiga tahun ini.

“Kawasan tersebut akan menempatkan ladang tangki bersaiz 1.5 juta meter padu air di atas kawasan seluas 68.8 hektar dan 53 hektar limbungan kapal untuk stesen dok kering.

“Selain itu, halaman fabrikasi seluas 24 hektar, dermaga kargo dan taman pengedaran turut dibangunkan,” katanya selepas penyerahan LoA bagi projek terbabit di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini,

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh turut menyaksikan majlis itu antara Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KLIP, Datuk Hishammudin Hasan, manakala Yang Hongzhou mewakili CDSEA sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ’23).

Tambah Noormustafa, pihaknya membuka tender untuk projek itu pada Mei tahun lalu dan berjaya menarik minat 24 pemain industri dari Eropah, Jepun, China dan Malaysia, sebelum tender berjaya diraih CDSEA. 

“Tapak Base Linggi terletak dalam ruang air kendalian KLIP iaitu di muara Sungai Linggi dengan jarak antara 0.3 hingga 0.5 kilometer (KM) dari tanah besar Kuala Linggi,” katanya.

Sementara itu, Hishammudin berkata, projek itu kos pembangunan kasar (GDC) sebanyak RM15 bilion, manakala nilai pembangunan kasar (GDV) mencecah RM100 bilion.

“Projek itu turut membuka peluang pekerjaan dianggarkan antara 6,000 hingga 10,000 dalam pelbagai bakat dan kemahiran yang ditetapkan, selain mewujudkan zon impak ekonomi dalam radius 100KM.

“Sebaik siap kelak, Linggi base akan disambungkan ke tanah besar dengan jambatan sepanjang 0.7KM dan mampu mengendalikan kapal yang mempunyai draf sehingga 22 meter tinggi di dermaga luar,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya