Kleptokrasi: Sikap diam DAP dikritik - Utusan Malaysia

Kleptokrasi: Sikap diam DAP dikritik

DAP
MOHAMED AZMIN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempelak sikap DAP yang berdiam diri apabila membiarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik pemimpin yang sedang berdepan pertuduhan di mahkamah sebagai anggota Kabinet.

Menurutnya, tindakan melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri sebagai bertentangan dengan perjuangan terhadap pentadbiran berintegriti dan bebas rasuah oleh DAP.

“Sedangkan ketika Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memerintah, walaupun kita ada kerjasama dengan Barisan Nasional (BN), kita tidak benarkan kleptokrat yang bedepan pertuduhan di mahkamah memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.

“Sebab itu saya hendak tanya DAP, kenapa kamu senyap. Kamu bercakap tentang pentadbiran, (penentangan) rasuah, tetapi membenarkan Perdana Menteri mempunyai rakan baharu, itu sememangnya salah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Jamuan Hari Raya Aidilfitri PN, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kemerosotan jumlah perdagangan Malaysia pada April 2023 yang  14.5 peratus kepada RM198 bilion. Eksport pada bulan berkenaan pula berjumlah RM105.42 bilion, merosot 17.4 peratus manakala import berkurang sebanyak 11.1 peratus kepada kepada RM92.58 bilion.

Jelasnya, kemerosotan tersebut disumbang oleh keupayaan Malaysia menarik pelabur asing serta sentimen mereka terhadap kerajaan negara ini sebelum memutuskan hasrat untuk melabur.

“Itulah sebabnya kita melihat angka-angka sebagai saksi, tetapi sayangnya, apabila pentadbiran baru datang, satu contoh yang mudah dan klasik, Perdana Menteri membuat kenyataan AWS (Amazon Web Services) memberitahu mereka akan melabur di Malaysia sehingga Madani (kerajaan baharu tiba. Namun, dia berbohong. 

“Saya berada di ibu pejabat AWS di San Francisco (ketika itu), saya bercakap dengan mereka dan berjaya meyakinkan mereka untuk datang ke Malaysia. 

“Anda harus tahu, untuk pelaburan asing masuk ke Malaysia, anda perlu membentangnya kepada NCI (Jawatankuasa Kebangsaan Pelaburan). Ini bukan sesuatu yang diputuskan semasa minum kopi lalu diumumkan,” tempelaknya.

Tambahnya, cadangan AWS untuk melabur di negara ini diluluskan oleh NCI pada Julai tahun lalu dan kerajaan tidak seharusnya menafikan usaha-usaha pernah dilakukan oleh PN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya