KKM teliti beri vaksin batuk kokol kepada ibu hamil

KKM teliti beri vaksin batuk kokol kepada ibu hamil

IBU hamil sepatutnya mengambil makanan bernutrisi untuk mengelakkan kanak-kanan terbantut tumbesaran. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti keperluan untuk memberi vaksin kombinasi Tetanus- Difteria-Pertussis (Tdap) kepada ibu hamil sebagai langkah mengatasi kes pertussis (batuk kokol).

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, ibu hamil yang menerima vaksin pertussis ini dapat melindungi bayi bermula dari dalam kandungan sehingga bayi dapat melengkapkan dos primer vaksin kombinasi enam serangkai seperti Jadual Imunisasi Kebangsaan.

Beliau berkata, berdasarkan situasi semasa, kebanyakan kes pertussis di negara ini adalah dalam kalangan bayi berumur kurang dari lima bulan yang belum mencapai tahap imuniti optima kerana masih belum lengkap tiga dos primer vaksin pertussis.

“Secara keseluruhannya kes batuk kokol di Malaysia merekodkan trend penurunan mendadak terutama ketika pandemik Covid-19 (2020 hingga 2021) yang lalu.

“Pada tahun ini sehingga 28 April lalu, sebanyak 132 kes Pertussis dengan dua kematian dilaporkan di seluruh negara.

“Jika dibandingkan bagi tempoh yang sama iaitu sehingga 28 April pada tahun 2019, sebanyak 495 kes dicatatkan (iaitu penurunan sebanyak 73.3 peratus),” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, daripada 132 kes yang dilaporkan, 89 kes (67.4 peratus) adalah warganegara, manakala 43 kes (32.6 peratus) lagi adalah bukan warganegara.

Dr. Zaliha berkata, bayi berumur bawah 12 bulan adalah kumpulan umur yang mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 67 kes (50.8 peratus).

Menurutnya, kanak-kanak berumur di antara 1 tahun hingga hingga 10 tahun mencatat sebanyak 47 kes (35.6 peratus) dan selebihnya berumur 11 tahun dan ke atas.

“Setakat ini, imunisasi adalah langkah pencegahan pertussis yang berkesan di mana vaksin pertussis diberikan kepada kanak-kanak secara rutin pada umur 2, 3, 5 dan 18 bulan.

“Wabak pertussis dalam komuniti boleh dicegah dengan memastikan liputan imunisasi pertussis sentiasa melebihi 95 peratus pada setiap masa,” katanya.

Pertussis atau batuk kokol adalah penyakit cegahan vaksin yang disebabkan oleh bakteria iaitu Bordetella pertussis.

Bakteria Bordetella pertussis yang menyebabkan penyakit ini menjangkiti mulut, hidung dan tekak dan tersebar melalui udara semasa pesakit bersin atau batuk. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya