Ketua UMNO Tawau nafi cedera isteri, rogol

Ketua Bahagian UMNO Tawau nafi cedera isteri, rogol sahabat baik isteri

GHAZALI ANSING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ketua UMNO Bahagian Tawau, Ghazali Ansing tampil membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan mencederakan isteri dan merogol rakan baik isterinya seperti dakwaan tular dalam sebuah blog.

Beliau berkata, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Tanjung Aru pada pukul 1.37 petang tadi susulan paparan tular dalam sebuah blog atas nama ‘Sabah Big Mouth’ yang mendakwa beliau telah mencederakan isteri dan juga merogol rakan baik isterinya.

Katanya, tuduhan yang dilemparkan begitu dahsyat dan cuba mencemarkan nama dan imej baiknya sebagai pemimpin politik.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya menafikan fitnah yang dilemparkan ini dan perkara ini telah mencemarkan nama baik keluarga saya serta menganggu kehidupan harian anak-anak saya.

“Menerusi laporan ini, saya berharap polis dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap blog yang menyebarkan fitnah tersebut. Jadi, kita tunggu hasil siasatan polis.

“Saya cuma berharap laporan polis ini dapat dijadikan rujukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak polis,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurut Ghazali, masalah rumah tangga antara beliau dan isterinya telah dijadikan alat untuk menabur fitnah bagi menjatuhkan imej beliau dan keluarganya.

Pada 21 Februari lalu, beliau telah membuat laporan polis bagi melaporkan insiden kehilangan isteri dan siasatan awal polis mendapati, perkara itu membabitkan orang lari dari rumah dan bukannya hilang.

Malah, semasa isterinya melarikan diri, tiga anak mereka ditinggalkan bersendirian di rumah dan ketika itu beliau mempunyai urusan kerja di Kuala Lumpur.

Katanya, itu adalah kali kedua isteri yang dikahwini sejak 14 tahun lalu bertindak melarikan diri. Difahamkan kini, isterinya masih berada di Indonesia bersama dua rakan lain.

Dalam paparan tular itu juga mendakwa beliau mengawal ata membayar pihak polis, itu satu pertuduhan yang tidak berasas kerana beliau tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengawal pihak polis.

“Saya bukan siapa-siapa, saya hanya rakyat biasa. Apabila kita menghadapi masalah, terlintas dalam fikiran kita datang ke balai polis terdekat untuk membuat laporan dan memohon bantuan. Saya cuma rakyat biasa yang memerlukan pertolongan pihak polis apabila berhadapan dengan masalah,” katanya.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN