Kes seludup ular: Bagasi diterima bawah kawalan Polis Bantuan MAHB

Kes seludup ular: Bagasi diterima bawah kawalan Polis Bantuan MAHB

Pihak berkuasa lapangan terbang India menemukan 22 ekor ular dalam bagasi seorang wanita yang tiba dari Kuala Lumpur. - FOTO MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bagasi seorang penumpang yang membawa 22 ekor ular dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai India dilaporkan didaftarkan sebagai ‘check-in baggage’ dan ia di bawah kawalan Polis Bantuan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB).

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berkata, pihaknya dimaklumkan bagasi itu diterima syarikat penerbangan dan diimbas mesin pengimbas bagasi di bahagian ‘in-line baggage screening’ kawalan dan seliaan sepenuhnya Polis Bantuan MAHB (AVSEC).

“Kawalan itu bagi memastikan keselamatan pesawat, kawasan lapangan terbang dan penerbangan yang mana lebih tertumpu kepada barangan berbahaya dan berisiko seperti senjata api, bom, peluru dan seumpamanya.

“Pengimbasan dan pemantauan imej semua bagasi dilakukan sepenuhnya oleh Polis Bantuan MAHB yang bertugas dan hasil pemeriksaan tersebut akan disalurkan kepada agensi-agensi penguatkuasaan yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kes itu, katanya, bagasi yang diseludup keluar adalah berstatus ‘check-in baggage’ yang mana bagasi tersebut diterima oleh pihak syarikat penerbangan dan di bawah kawalan sepenuhnya AVSEC.

“Ini kerana, penggunaan mesin pengimbas Kastam di Cawangan Pemeriksaan Penumpang semasa ketibaan bagi mengimbas bagasi penumpang dan beg ‘hand carry baggage’.

“Pegawai Kastam akan mengarahkan penumpang mengikrarkan barang-barang milikannya dan mengimbas setiap bagasi dan beg ‘hand carry baggage’ dibawa sepertimana peruntukan di bawah Seksyen 103, Akta Kastam 1967,” jelasnya.

Dalam pada itu, katanya, bagasi penumpang berstatus ‘check-in baggage’ perlu didaftarkan dikaunter ‘check-in bag’ di mesin pengimbas milik MAHB sebelum melalui pemeriksaan Imigresen dan Kastam di KLIA Terminal 1, KLIA Terminal 2 dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

“Apabila penumpang melalui kawasan pemeriksaan Kastam, hanya bagasi ‘hand carry baggage’ sahaja yang akan diperiksa oleh pegawai JKDM,” jelasnya. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya