Kes buli pelajar: Polis rakam keterangan 7 individu

Kes buli pelajar: Polis ambil keterangan 7 individu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai tujuh individu diambil keterangan setakat ini berkaitan kes buli membabitkan seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Taman Melawati, Gombak, dekat sini pada Isnin lalu.

Mengesahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, tujuh individu tersebut adalah mereka yang dipercayai berada di lokasi kejadian untuk membantu siasatan.

“Setakat ini, tujuh individu sudah diambil keterangan untuk membantu siasatan lanjut kes buli berkenaan. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun keseksaan. Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes itu,” katanya.

Difahamkan, tujuh individu berkenaan dipercayai terdiri daripada suspek dan saksi yang berada di lokasi kejadian namun tiada tangkapan dilakukan setakat ini.

Semalam media melaporkan, seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Taman Melawati cedera akibat dipukul lima pelajar Tingkatan Lima di Bukit Mar Mar Kemensah, Isnin lalu. 

Dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu, mangsa ditumbuk di bahagian dada selain dicekik dan ditendang oleh seorang pelajar tingkatan lima. 

Pada hari sama, mangsa kemudian diajak oleh lima pelajar terbabit ke Bukit Mar Mar, Kemensah pukul 3 petang sebelum dipukul dengan disaksikan sekitar 10 hingga 15 pelajar.

Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi, luka kening kiri, rahang selain bengkak pada tengkuk. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya