Kerajaan muktamad teruskan projek LCS

Kerajaan muktamad teruskan projek LCS

MOHAMAD Hasan (tengah) melihat replika kapal LCS selepas menyaksikan Pemeteraian Kontrak Tambahan Keenam bagi perolehan kapal itu sempena LIMA ‘23 di Padang Matsirat, Langkawi. -UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Kerajaan bersetuju untuk meneruskan projek Perolehan Kapal Second Generation Patrol Vessel (SGPV) berkeupayaan Littoral Combat Ship (LCS) bagi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). 

Serentak itu juga, sebuah syarikat bertujuan khas (SPV) telah ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan bagi memindahkan hak milik Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNSSB) sebagai anak syarikat kementerian terbabit selaras dengan syarat yang dipersetujui.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, walaupun menubuhkan SPV, pelaksanaan projek pembinaan lima buah LCS itu akan terus dipantau melalui Project Monitoring Committee (PMC).

“Perolehan itu penting bagi meningkatkan keupayaan armada selaras dengan Pelan Transformasi 15 to 5 TLDM untuk memelihara kedaulatan perairan negara. Kementerian bersama TLDM dan BNSSB akan memberi tumpuan sepenuhnya bagi memastikan projek LCS berjaya disempurnakan.

“PMC dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan di samping pelaporan dan pembentangan secara berjadual kepada Jemaah Menteri,” katanya selepas menyaksikan pemeteraian Perjanjian Kontrak Tambahan Keenam di sini, hari ini.

Kontrak yang ditandatangani sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ‘23) menyaksikan Kementerian Pertahanan diwakili Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Muez Abd. Aziz, manakala BNSSB diwakili Pengerusinya, Datuk Ahmad Nazim Abd. Rahman.

Tambah Mohamad, pelaporan berkala kepada Parlimen melalui Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga akan diberikan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali supaya kemajuan projek LCS dapat dipantau bersama oleh semua pihak. 

“Ini perlu untuk kita memastikan supaya hasrat untuk meneruskan pembinaan LCS ini dapat dicapai dan berjaya sepertimana yang dikehendaki oleh pihak TLDM dan juga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Projek ini akan bermula sekarang selepas kita tandatangan ini dan kita berharap supaya kapal pertama akan dapat disiapkan pada November 2024 dan seterusnya akan dapat ditauliahkan setahun (kemudian) atau pada 2026 setelah lulus ‘Harbour Acceptance Test’ dan ‘Sea Acceptance Trial’,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya