Kerajaan laksana cadangan semakan tarif air - Utusan Malaysia

Kerajaan laksana cadangan semakan tarif air

Tarif air
NIK NAZMI NIK AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) sedang melaksanakan cadangan semakan tarif air bagi memastikannya dapat menampung kos operasi pengeluaran air bersih.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, masih terdapat negeri-negeri yang menggunakan tarif air lama dan tidak disemak lebih 20 tahun lalu sedang dalam tindakan kementeriannya.

“Kemampanan kewangan operator perkhidmatan air memainkan peranan penting dalam mutu penyampaian perkhidmatan bekalan air. Bagaimanapun, kerajaan akan pastikan sebarang kenaikan tarif tidak akan membebankan golongan kurang berkemampuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Skim Bekalan Air Rasau di tapak projek Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasau di Kampung Seri Cheeding, hari ini. 

Tambahnya, Selangor antara negeri terbaik selain Johor dalam pengurusan air tanpa hasil (NRW) iaitu di bawah 30 peratus. 

Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan, kadar NRW di Selangor turun kepada 27.8 peratus berbanding 36 peratus pada 2016 apabila proses penggantian paip dilaksanakan sejak tahun tersebut.

Malah, kadar NRW juga disasar turun sehingga 25 peratus pada 2025.

“Kita juga dalam usaha penggantian paip sepanjang 150 kilometer (km) setahun yang membabitkan proses keseluruhan 30,000 km panjang termasuk 6,000 km paip yang kritikal untuk diganti. Kita lakukan secara terancang kerana melibatkan kos yang tinggi,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya