Keputusan SPM 2022 dikeluar Khamis ini

Keputusan SPM 2022 keluar Khamis 8 Jun

Seramai 403,637 orang calon mendaftar menduduki peperiksaan SPM 2022 di 3,355 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022 akan dikeluarkan pada Khamis, 8 Jun ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan, seramai 403,637 orang calon mendaftar menduduki peperiksaan itu di 3,355 buah pusat peperiksaan di seluruh negara dengan seramai 131,318 petugas peperiksaan dilantik.

Katanya, calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada tarikh tersebut.

“Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

“Di samping itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan mulai pukul 10.00 pagi 8 Jun sehingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun depan,” katanya.

KPM berkata, calon juga boleh membuat semakan secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Katanya, sistem ini akan diaktifkan pada waktu dan tarikh yang sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya