Kemas Terengganu peruntukan RM240,000 sedia latihan usahawan - Utusan Malaysia

Kemas Terengganu peruntukan RM240,000 sedia latihan usahawan

RAZALI Mamat (tiga, kanan) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman (empat, kanan) bergambar bersama peserta Kursus Kemahiran Quick Win Seni Tangan Gubahan Kreatif di Kuala Nerus, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Terengganu memperuntukkan sebanyak RM240,000 untuk menyediakan latihan bagi melahirkan usahawan pada setiap tahun.

Pegawai Pembangunan Komuniti Kemas Terengganu, Razali Mamat berkata, antara ushawan yang dilahirkan itu dalam bidang jahitan, masakan, pendidikan keluarga, komputer, seni tangan dan pendidikan keluarga.

Menurutnya, seramai 400 peserta dalam bidang berkenaan telah dilahirkan sejak lima tahun lalu dengan 30 peratus daripadanya golongan lelaki.

Katanya, Kemas Terengganu sentiasa komited untuk menyediakan platform kepada mereka yang berminat bagi menceburi bidang perniagaan atau usahawan kreatif.

“Sejak dimulakan latihan kursus berkenaan pada tahun 2018, seramai 80 usahawan berjaya dibentuk setiap tahun sehingga sudah ada yang bergelar ikon dalam bidang masing-masing.

“Sebaik menamatkan latihan atau kursus, KemasTerengganu akan memantau perkembangan peserta dari segi penambahan pendapatan dalam tempoh dua tahun berikutnya.

“Selain itu, kami bekerjasama dengan agensi berkaitan seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) bagi penyediaan bantuan pinjaman atau kelengkapan seperti ketuhar dan mesin jahit,” katanya.

Razali ditemui pemberita selepas Majlis Penutup Kursus Kemahiran Quick Win Seni Tangan Gubahan Kreatif dari daerah Kuala Nerus, di sini, hari ini.

Tambah Razali lagi, pihaknya mendapati berlaku peningkatan jumlah peserta lelaki dalam kursus atau bidang yang sebelum ini dipelopori golongan wanita termasuk masakan, jahitan dan gubahan.

“Ini adalah sesuatu yang positif di mana kaum lelaki mengetepikan rasa malu dengan persepsi masyarakat sebaliknya meneruskan cita-cita masuk dalam dunia perniagaan.

“Apa yang penting mereka bekerja keras, malah setakat ini sudah ada yang berjaya memasarkan produk masing-masing di pusat membeli-belah serta kedutaan besar antarabangsa,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya