BACHOK: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menjangkakan kerja-kerja memadam kebakaran di tapak pelupusan sampah Beris Lalang di sini seluas lebih empat hektar dijangka selesai minggu depan.
Pengarahnya Zainal Madasin berkata, setiap hari JBPM Kelantan menggunakan kekuatan maksima dengan menempatkan 50 anggota bagi memastikan kebakaran dapat dipadamkan dengan sebaik mungkin selain mengelakkan ia merebak ke kawasan lain.
Menurutnya, bagi memastikan kerja-kerja memadam berjalan lancar, JBPM Kelantan mengguna sumber dari kawasan tadahan berdekatan menerusi penyedut
berkapasiti tinggi dan hos lebih besar untuk dialirkan ke lokasi kebakaran sejauh 304.8 meter.
“Langkah itu diambil susulan jentera JBPM sukar untuk masuk ke lokasi kerana keadaan laluan yang sempit.
“Pada sama, kita turut bekerjasama dengan syarikat pelupusan sampah bagi membantu melancarkan gerak kerja memadam kebakaran,” katanya dalam sidang akhbar di pusat pelupusan sampah Beris Lalang, di sini hari ini.
Zainal memberitahu, kebakaran yang bermula 25 April lalu itu menyebabkan berlakunya pencemaran udara yang boleh menghalang penglihatan
kenderaan darat dan trafik udara terutama pada waktu malam.
Katanya, keadaan berkabus pada tengah malam dan awal pagi itu adalah molekul asap yang terkumpul ketika suhu sejuk. –UTUSAN