Kebakaran di KWSP berjaya dikawal, tiada mangsa cedera

Kebakaran di KWSP berjaya dikawal, tiada mangsa cedera

KEBAKARAN bangunan KWSP berjaya dikawal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kebakaran bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, di sini berjaya dikawal daripada merebak.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, melibatkan bangunan KWSP di tingkat 4 dan 5 terbakar.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan kejadian itu.

Kata beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.39 pagi berhubung kejadian tersebut.

“Api berjaya dikawal oleh pihak bomba pada pukul 11.08 pagi dan Ketua Balai berada di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Utusan Malaysia difahamkan, ini merupakan insiden kali kedua berlaku di bangunan sama. Sebelum ini, kebakaran dilaporkan di bangunan itu pada 12 Februari 2018. – UTUSAN

KEBAKARAN bangunan KWSP di Jalan Gasing, Petaling Jaya berjaya dikawal daripada merebak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya