Kapal peronda Maritim Malaysia sedang diselenggara terbakar - Utusan Malaysia

Kapal peronda Maritim Malaysia sedang diselenggara terbakar

ANGGOTA bomba memadam kebakaran kapal peronda milik Maritim Malaysia ketika kapal itu dalam penyelenggaraan di Kampung Baru, Sitiawan petang tadi. - UTUSAN/
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Sebuah kapal peronda milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang dalam proses penyelenggaraan di dermaga di Kampung Baru, Sitiawan di sini terbakar petang tadi.

Difahamkan, kebakaran yang berlaku di bahagian kabin, terjadi ketika kerja-kerja kimpalan dilakukan di dalam kapal tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.14 petang.

“Berikutan itu, 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung dan BBP Ayer Tawar ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaan mendapati 50 peratus daripada bahagian kabin tersebut sudah terbakar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan menggunakan dua aliran dan tiga pancutan air di lokasi kebakaran.

Beliau memaklumkan, anggota juga telah masuk ke dalam kapal untuk kerja-kerja pemadaman di kawasan kabin kapal tersebut.

Jelasnya, setakat pukul 7 malam tadi, operasi pemadaman masih dilakukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya