Kalimah Allah: Keputusan tarik balik rayuan atas saranan KDN - Utusan Malaysia

Kalimah Allah: Keputusan tarik balik rayuan atas saranan KDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keputusan menarik balik rayuan bagi kes penganut agama Kristian menggunakan kalimah ‘Allah’ dibuat atas saranan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, sekali gus menafikan ia sebagai keputusan yang dibuat oleh Kabinet.

“Ini nota jemaah menteri, ada dua bahagian, kalau ia memerlukan keputusan Kabinet, kena letak memo atau nota bagi memaklumkan kepada Kabinet apa keputusan yang dibuat oleh KDN.

“Dalam kes ini, kalau tidak silap saya, ini adalah saranan dan pendirian yang diambil oleh KDN dan saya maklumkan kepada Kabinet dan saya telah lakukannya beberapa bulan lalu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau bagaimanapun meminta supaya diberi masa untuk memberikan penjelasan terhadap keputusan untuk menarik balik rayuan tersebut.

“Saya ambil maklum perkembangan ini, saya telah kemukakan nota kepada jemaah menteri beberapa bulan lepas berkenaan tajuk ini.

“Beri saya masa, saya akan beritahu dengan fakta dalam masa terdekat,” katanya.

Utusan Malaysia melaporkan, KDN dan Kerajaan Malaysia telah menarik balik rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka.

Notis pemberhentian tersebut telah difailkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 18 April lalu.

Menurut notis berkenaan, menyatakan bahawa KDN dan Kerajaan Malaysia tidak berniat untuk meneruskan rayuan yang difailkan pada 12 Mac 2021 dan memberhentikan keseluruhan rayuan tanpa sebarang perintah terhadap kos. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya