'Kali ini Everest 'tawan' kita'

‘Kali ini Everest ‘tawan’ kita’

T RAVICHANDRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: “Selalunya kita yang tawan Everest, tetapi tahun ini, Everest yang tawan kita,” kata pendaki solo negara, T Ravichandran.

Nada sedih itu dikongsi Ravichandran susulan berita duka menimpa dua pendaki Malaysia Everest 2023 (2023).

Ravichandran berkata demikian ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini selepas pulang daripada misi Ekspedisi Himalaya Sports Everest-Lhotse 2023.

Beliau mengakui sedih di atas insiden menimpa Allahyarham Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, dan Muhammad Hawari Hashim, 33, yang hilang tanpa jejak ketika ini.

“Tahun ini adalah kali kedua kami berjumpa dalam misi menawan Gunung Everest. Kali ini saya berada di hadapan mereka.

“Saya terlebih dahulu menakluk puncak pada 17 Mei lalu, bagaimanapun saya terpaksa diselamatkan ketika cuba menawan Gunung Lhotse (gunung keempat tertinggi dunia akibat kecederaan jari radang dingin (frostbite),” katanya.

Katanya, biarpun berbeza pasukan, namun beliau kerap bertemu dengan arwah Awang Askandar dan Muhammad Hawari di Everest Base Camp (EBC) untuk rehat dan minum bersama.

Ravichandran berkata, beliau mendoakan agar Muhammad Hawari dapat dijumpai segera walaupun misi mencari dan menyelamat agak mencabar akibat faktor cuaca.

“Muhammad Hawari juga adalah OKU pekak dan bisu, malah ia lebih menyukarkan kerana tidak dapat berkomunikasi mahupun menjerit meminta perhatian dan pertolongan.

“Insiden kali ini memberi impak mendalam kepada mentalnya, namun saya berharap generasi muda tidak takut dengan dunia pendakian yang sentiasa penuh cabaran dan risiko.

“Setakat ini, 10 pendaki termasuk Awang Askandar maut ketika cubaan menawan Everest berbanding tiga orang tahun lalu.

“Setiap hari sekitar 10 ke 20 helikopter akan membawa pendaki keluar disebabkan radang dingin dan selsema,” katanya.

Ravichandran sepatutnya menyempurnakan Ekspedisi Himalaya Sports Everest-Lhotse 2023 untuk melakar rekod sebagai pendaki pertama Malaysia menawan puncak Gunung Lhotse selepas mengibarkan puncak Everest dalam tempoh 24 jam.

Namun, beliau hanya berjaya menakluk Everest pada 17 Mei lalu namun, gagal menawan Gunung Lhotse akibat radang dingin sebelum diselamatkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya