Kajol, Ratu Bollywood sejati - Utusan Malaysia

Kajol, Ratu Bollywood sejati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJOL, satu nama yang cukup besar dalam dunia perfileman global. Biarpun dia kini sudah tidak lagi aktif berlakon, namun hakikatnya tiada siapa yang mampu menafikan aura dan kredibilitinya sebagai ratu Bollywood. 

Apa sahaja naskhah lakonannya pasti pecah panggung. Lebih 40  filem yang ditayangkan secara global, pastinya nama pemegang lima trofi Pelakon Wanita Terbaik Filmfare Award ini tidak tergugat. 

Datanglah berapa ramai pun bintang baharu menyinari langit industri seni Bollywood, dia masih kekal menjadi pilihan dan dambaan para penerbit yang mahukan jenamanya dalam karya mereka. 

Kita senaraikan tujuh fakta tentang penerima anugerah tertinggi dalam dubai seni India, Padma Shri pada tahun 2011 ini.

BERHENTI BELAJAR 

Cinta terhadap dunia lakonan menyebabkan dia sanggup untuk berhenti belajar dan mula mengintai peluang dalam industri seni. 

Dia memulakan kerjaya sebagai pelakon ketika di bangku sekolah menerusi  filem Bekhudi. Filem pertamanya yang mencipta fenomena adalah Baazigar (1993), gandingannya bersama Raja Bollywood, Shah Rukh Khan.  

‘TRADISI’ KELUARGA 

Bagai meneruskan ‘tradisi’ keluarga dengan menceburi bidang seni, Kajol merupakan generasi keempat bergelar pelakon. 

Selain Kajol, ibu, nenek dan sepupunya, Rani Mukherjee juga merupakan pelakon manakala ayahnya, Shonu Mukherjee adalah seorang pengarah  filem  

REKOD TERBAIK 

Kajol merupakan antara pelakon Bollywood paling sukses dan memegang rekod pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik Filmfare Award sebanyak lima kali. Dia juga pernah mencipta kejayaan apabila berjaya merangkul trofi Pelakon Antagonis Terbaik menerusi  filem Gupt (1997).  

AJAY DEVGAN 

Peminat mula menghidu hubungan cinta antara Kajol dan Ajay Devgan ketika mereka sama-sama membintangi  filem Gundaraj. Hakikatnya, Ajay tidak pernah melamar Kajol sebaliknya pelakon wanita itu yang mengajak Ajay untuk mendirikan rumah tangga.  

GUGUR KEHAMILAN PERTAMA 

Selepas mendirikan rumah tangga pada 2001, Kajol hamil anak pertama namun mengalami keguguran selepas beberapa bulan. Namun, dua tahun selepas itu dia mengandung dan melahirkan anak pertama mereka, Nysa dan seterusnya, anak kedua, Yug Dvgan pada 2010.

FAMILY FIRST 

Episod ‘pengunduran’ sementara Kajol dalam dunia seni bermula selepas dia mendirikan rumah tangga. 

Dia mengambil keputusan itu untuk memberi tumpuan kepada keluarganya. Selepas lima tahun, Kajol membuatkan penampilan semula menerusi  filem Fanaa. 

Filem itu pecah panggung dan paling sukses untuk tahun 2006.  

TOLAK WATAK 

Tidak tamak dalam menerima semua tawaran, ramai pengarah dan penerbit mendedahkan Kajol pernah beberapa kali menolak watak-watak popular antaranya Josh yang kemudian dilakonkan Aishwarya Rai. 

Selain itu, Kajol juga pernah menolak tawaran untuk  filem Dil Se (Manisha Koirala), Veer-Zaara (Preity Zinta), Khabi Alvida Naa Kehna (Rani Mukherjee), Baabul ( Rani Mukherjee) dan 3 Idiot (Kareena Kapoor).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya