JPDP siasat lanjut isu data bocor UiTM

JPDP siasat lanjut isu data bocor UiTM

UiTM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) memandang serius insiden ketirisan data peribadi lebih 11,000 orang pemohon Universiti Teknologi MARA (UiTM) seperti dilaporkan pengguna Twitter pada Selasa lalu.

Ketua Pengarahnya, Prof. Dr. Mohd Nazri Kama berkata, pihaknya menghubungi UiTM pada hari sama bagi mendapatkan maklum balas dan status pemilikan data yang terlibat.

Beliau berkata, JPDP juga bekerjasama dengan CyberSecurity Malaysia (CSM) bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden berkenaan.

“Siasatan lanjut itu dibuat bagi mengenal pasti sama ada terdapat sebarang pelanggaran di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709].

“Saya menggesa agar semua pengguna data untuk mematuhi prinsip, peraturan dan standard perlindungan data peribadi di bawah Akta 709,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, pengguna data juga diingatkan agar lebih teliti dan berhati-hati ketika memproses data peribadi bagi mengelakkan berlakunya insiden ketirisan data peribadi akibat kecuaian.

Hari ini, Naib Canselor UiTM, Prof.Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor menjelaskan kebocoran data itu bukan melibatkan pangkalan data utama UiTM, sebaliknya sistem berkenaan dibangunkan oleh individu dalam sebuah fakulti di universiti.

Jelasnya, kebocoran data itu melibatkan sistem pemilihan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pemohon kursus Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) UiTM.

Semalam, UiTM menerusi laman sosial rasmi mereka memohon maaf di atas kebocoran data yang berlaku itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya