SUBANG: Pemain golf remaja dari Australia, Aussie Joshua Edwards muncul pendahulu hari pertama Kejohanan Remaja Saujana-100PLUS yang berlangsung di Saujana Golf & Country Club, Subang, hari ini.
Pemain berusia 16 tahun itu mendahului tiga pukulan di hadapan mengatasi pemain golf remaja negara, Nor Haqeim Nor Hadi dan Nathan Wong bagi kategori lelaki.
Nor Haqiem dan Nathan kini terikat di kedudukan kedua selepas masing-masing mencatat 74 pukulan, dua di atas par.
Joshua yang memiliki kekuatan pukulan tee off mencatat satu eagle dan dua birdie sebelum merekod 71 pukulan, satu bawah par di lapangan Bunga Raya.
“Saya tee off di lubang pertama menggunakan dua iron, begitu juga dengan pukulan kedua, dan pukulan ketiga (chipped) dari jarak enam kaki terus masuk lubang untuk eagle.
“Bagaimanapun, saya membuat kesilapan di lubang 15 par 3 selepas melakukan tiga putt dari jarak 10 kaki,” ujarnya.
Sementara itu, Xin Yao, 16, turut mencatat 71 pukulan satu di bawah par untuk tempat pertama meninggalkan Vanessa Chong dan Amanda Gan dengan kelebihan lima pukulan bagi kategori wanita.
Vanessa dan Amanda terikat pada kedudukan kedua selepas masing-masing mencatat 76 pukulan, empat di atas par.
Xin Yao yang muncul juara pada kejohanan Terbuka Amatur Johor tahun lalu berkata, hari kedua kejohanan esok diharap dia mampu melakukannya lebih baik.
Kejohanan Remaja Saujana-100PLUS yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini disertai 96 pemain (72 lelaki dan 24 wanita) termasuk dari Australia, Korea dan Jepun. – UTUSAN
KEPUTUSAN
LELAKI
71 Joshua Edwards (AUS)
74 Nor Haqeim Nor Hadi, Nathan Wong
75 Wan Hasnul Daniel, Daichi Hayashi (JPN), Wan Muhd. Danial Hafiz
76 Park Gundo (KOR), Kim Beom Gyu (KOR), Joshua Lim, Austin Gan, Muhd. Danial Nazari
77 Ammer Aiman Mohd Fauzi
78 Lim Hao Yu, Muhd. Ajmal Amin, Chan Jun Han, Eidan Jamzidi
79 Ng Jian Xi, Jayden Ng
WANITA
71 Wang Xin Yao
76 Vanessa Chong, Amanda Gan,
77 Tan Ying Ying, Ngo Yi Belle
78 Yan Yinuo, Aarthi Ganesan