JOHOR BAHRU: Dalam usaha merealisasikan agenda Johor Selamat, kerajaan negeri meluluskan pembelian 1,500 sistem kamera litar tertutup (CCTV) untuk dipasang di tiga bandar raya di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, pemasangan itu melibatkan 500 unit di setiap kawasan pentadbiran tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) selaras dengan agenda ‘The Greater Johor Bahru’. Katanya, inisiatif tersebut bagi menggantikan kamera yang rosak termasuk peranti tidak berfungsi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya