Jho Low kena tahanan rumah di Shanghai?

Jho Low kena tahanan rumah di Shanghai?

JHO LOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli perniagaan Malaysia dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dipercayai berada bawah tahanan rumah di Shanghai, China dan bukannya di Macau yang terletak kira-kira 1,275 kilometer (KM).

Perkara itu dinyatakan oleh pengarang bersama Billion Dollar Whale, Bradley Hope menerusi ciapan Twitter beliau semalam.

“Jho Low banyak berada di Macau dari 2015-2018, serta Hong Kong, Shenzhen dan Thailand tetapi selepas kekalahan Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) dalam pilihan raya, pergerakannya lebih terhad di tanah besar. Kami di @WhaleHunting_ percaya dia berada di bawah tahanan rumah di Shanghai,” dakwanya.

Semalam, Al Jazeera melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, individu itu dipercayai bersembunyi di Macau.

Jho Low berdepan tuduhan mahkamah Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) di atas tuduhan mendalangi penyelewengan USD4.5 bilion dana 1MDB. Namun, Beijing sebelum ini menafikan melindungi Jho Low.

Brandley merupakan antara dua pengarang buku Billion Dollar Whale yang merupakan sebuah karya yang mendedahkan bagaimana Jho Low didakwa mendalangi penipuan AS$4.5 bilion dalam apa disebut sebagai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selain itu, Brandley menerusi Twitter mencetuskan satu persoalan bagaimana seorang Perdana Menteri boleh bersekongkol dengan kuasa asing untuk mengorbankan kepentingan negara.

“Satu soalan untuk Malaysia: Apakah jenayah dalam kod undang-undang anda untuk seorang Perdana Menteri yang bersekongkol dengan kuasa asing untuk mengorbankan kepentingan negara/kedaulatan dan lebih bayar kontrak menggunakan wang negara sebagai pertukaran untuk menutup penipuan besar-besaran?,” soal lelaki itu.

Malam tadi, dilaporkan bahawa sumber SPRM mengesahkan Kee Kok Thiam, bekas pembantu Low yang memaklumkan pihak berkuasa Malaysia mengenai keberadaan Low di Macau, meninggal dunia.

Kok Thiam kembali ke Malaysia pada 3 Mei lalu selepas lima tahun berada di luar negara. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya