JAKARTA: Pelakon, Jennifer Coppen, 21, mengejutkan industri hiburan apabila mengumumkan dirinya sudah mengandung selama lima bulan tiga minggu.
Lapor Suara.com, Jennifer atau nama penuhnya Jennifer Rochelle Coppen berkata, anak yang dikandungnya hasil hubungan cinta bersama Dali Wassink.
Bagaimanapun, berita bahagia itu menuai komen positif dan negatif netizen yang rata-rata tidak pernah mengetahui pasangan tersebut bernikah.
Segelintir warga maya mendakwa wanita itu sebenarnya sedang mengandung luar nikah.
Jennifer yang bergelar model dan penyanyi enggan menjawab sebarang tuduhan warga maya kerana dia tidak pernah berhutang sebarang penjelasan kepada orang ramai.
Tegasnya, dia juga mahu menjaga privasi berhubung perkembangan terkini itu.
“Tolong hargai privasi yang aku pilih untuk simpan sendiri.
“Aku tidak berhutang penjelasan dan tidak perlu meneka tanpa mengetahui kebenaran. Tidak penting untuk aku jawab,” katanya.
Sebelum ini, Jennifer mengaku dia tidak pernah berhasrat untuk bernikah muda ketika masih menjadi kekasih Naufal Samudra.