Jenazah dua beradik maut kemalangan selamat dikebumikan  - Utusan Malaysia

Jenazah dua beradik maut kemalangan selamat dikebumikan 

HARUN Ismail menyiram air mawar di pusara  Muhammad Amirul Syafiq di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Tunggal, Kuala Nerus, malam tadi. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Jenazah dua beradik yang maut selepas motosikal mereka merempuh belakang lori di Kilometer 257.4 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Senawang, Negeri Sembilan, semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Tunggal, di sini, malam tadi.

Jenazah Mohd. Husaini Amir Harun, 29, dan adiknya, Muhammad Amirul Syafiq, 25, dikebumikan dalam dua liang lahad bersebelahan kubur ibu mereka pada pukul 11 malam.

Bapa kepada dua beradik itu, Harun Ismail, 68, turut mengiringi jenazah anak-anaknya ke tanah perkuburan itu 

Terdahulu jenazah dua beradik itu tiba di rumah keluarga mereka di Kampung Pengkalan Batu dekat sini dari Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban pada pukul 7.20 malam.

Dalam kemalangan 7.05 pagi, Mohd. Husaini Amir dan Muhammad Amirul Syafiq dikatakan dalam perjalanan dari rumah mereka di Seri Kembangan menuju ke tempat kerja di Senawang.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Yamaha Y16 ditunggang mereka itu merempuh bahagian belakang sebuah lori yang membawa muatan makanan haiwan.

Kedua-dua beradik yang bekerja sebagai pemandu kren disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Sementara itu, pemandu lori berusia 49 tahun itu pula terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya