PUTRAJAYA: Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Awang Askandar Ampuan Yaacub dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 6.25 pagi esok. Difahamkan, jenazah diterbangkan dengan pesawat Malaysia Airlines, MH115 dari Kathmandu pukul 11.30 malam waktu Nepal. Sejurus tiba, jenazah akan dibawa ke Kompleks Kargo KLIA sebelum berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Sabah untuk diberi penghormatan terakhir oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM). Mengikut jadual, jenazah akan diberi penghormatan rasmi oleh APM Sabah sebelum dibawa ke Masjid Jamek As Salam, Kampung Benoni, Papar untuk disembahyangkan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya