Jenazah Awang Askandar tiba di Kem Tiga pagi tadi

Jenazah Awang Askandar tiba di Kem Tiga pagi tadi

PENDAKI ME 2023 (dari kanan) Vincent, arwah Awang Askandar, Azim dan Muhammad Hawari ketika berangkat ke Kathmandu, Nepal bagi misi menawan Everest.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023) Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, selamat tiba di Kem Tiga kira-kira pukul 7 pagi waktu Nepal (sekitar 9 pagi waktu Malaysia) hari ini.

Ketua Misi ME 2023, Azim Afif Ishak berkata, jenazah dibawa turun dari Kem Empat dengan bantuan enam malim gunung secara manual menggunakan pengusung.

Beliau berkata, ketika ini pasukan penyelamat berehat sebentar selepas berhempas pulas selama sembilan jam bergilir-gilir mengusung jenazah sebelum meneruskan perjalanan ke Kem Dua.

“Cuaca ketika ini berada dalam keadaan kurang baik, berangin dan mendung dan serta suhu sekitar 23 darjah celcius.

“Perjalanan dari Kem Tiga ke Kem Dua dijangka mengambil masa selama dua jam dan ia bergantung kepada keadaan cuaca,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, setiba di Kem Dua, jenazah akan terus diterbangkan dengan helikopter ke Everest Base Camp (EBC) dan seterusnya di bawa ke hospital di Kathmandu untuk proses selanjutnya.

Azim berkata, sekiranya keadaan cuaca mengizinkan jenazah dijangka diterbangkan ke Khatmandu pada 1 tengahari waktu Nepal (sekitar 3 petang waktu Malaysia). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya