Jemaah Menteri akan bincang cadangan tambahan caruman

Jemaah Menteri akan bincang cadangan tambahan caruman KWSP majikan

ANWAR Ibrahim bergambar dengan pekerja sektor awam dan swasta pada Sambutan Hari Pekerja 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.-UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri dijangka membincangkan cadangan mengenai tambahan peratusan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan kepada 20 peratus berbanding 13 peratus waktu ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mengesahkan bahawa cadangan itu pernah dikemukakan, namun, ia belum dirujuk kepada Jemaah Menteri.

“Cadangan itu ada dibawa (dikemukakan), tapi belum dirujuk kepada Jemaah Menteri lagi.

“Ia akan dibincangkan. Ini (cadangan) keputusan dasar, jadi, ia akan memberi kesan kepada kerajaan dan majikan,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan Amanat Hari Pekerja 2023 sempena sambutan Hari Pekerja 2023 di sini, hari ini.

Sebelum ini, Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) menggesa kerajaan untuk menaikkan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan daripada 13 peratus kepada 20 peratus.

Presidennya, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal dilaporkan berkata, cadangan itu adalah satu daripada 12 perkara yang dicadangkan UNI-MLC untuk kerajaan dan majikan untuk ditangani dengan kadar segera sebagai hadiah sempena Hari Pekerja 2023.

Menurutnya, kenaikan tersebut perlu bagi memastikan pekerja yang mahu bersara kelak mempunyai simpanan secukupnya mengikut keadaan semasa dalam KWSP mereka.

Antara perkara lain yang dikemukakan termasuk menggesa kerajaan, terutama Kementerian Sumber Manusia mengadakan dialog dengan semua pemegang taruh bagi semakan dasar dan undang-undang buruh di negara ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya