JAS beri amaran jangan lakukan pembakaran terbuka - Utusan Malaysia

JAS beri amaran jangan lakukan pembakaran terbuka

NORAZIZI ADINAN (dua,kanan) turut melancarkan Kempen Buangan Elektrik dan Elektronik E-Waste selepas Program Taklimat Larangan Pembakaran Terbuka Bersama Kakitangan Wisma Persekutuan SPU, di Butterworth, Pulau Pinang hari ini. - Pix: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka susulan negara kini sedang dilanda fenomena El Nino.

Pengarahnya, Norazizi Adinan berkata, pihaknya kini giat menjalankan rondaan sama ada pada hari biasa termasuk hujung minggu bagi mengekang kegiatan pembakaran terbuka.

Katanya, orang ramai dinasihatkan tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka yang mana boleh didakwa di bawah Seksyen 29A (2) atau 29B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Sabit kesalahan, individu boleh didenda sehingga maksimum RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun.

“Justeru, kita harap masyarakat akan sama-sama menjaga alam sekitar dan tidak memburukkan lagi keadaan kerana selain masalah setempat, kualiti udara kita turut dipengaruhi jerebu dari negara lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Taklimat Larangan Pembakaran Terbuka Bersama Kakitangan Wisma Persekutuan Seberang Perai Utara (SPU) dan Agensi Diperwakilkan Kuasa Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia di Wisma Persekutuan, di sini hari ini.

Program itu disertai seramai 200 orang terdiri daripada penjawat awam antaranya anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya menerima sebanyak 333 aduan berhubung pembakaran terbuka bermula awal tahun ini sehingga April lalu.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 229 kes yang direkodkan meliputi aduan pencemaran udara manakala selebihnya membabitkan aduan pencemaran udara yang disebabkan pembakaran terbuka,” katanya.

Tambah beliau, aduan yang diterima setakat ini juga menunjukkan penurunan sebanyak 48 peratus berbanding 933 aduan tahun lalu, manakala 710 kes pula direkodkan pada 2021.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya