Jangan buat filem aksi kalau tak berani - Farali Khan - Utusan Malaysia

Jangan buat filem aksi kalau tak berani – Farali Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISU keselamatan pelakon di set penggambaran, lebih-lebih lagi membabitkan filem aksi bukan baru diperkatakan sejak beberapa kes kecederaan (pelakon) dilaporkan setahun dua yang lalu. Hakikatnya, perkara tersebut sudah dibincangkan sejak era Jalan Ampas lagi.

Namun, ia kembali panas dibualkan apabila beberapa pelakon, antaranya Fasha Sandha, Hairul Azreen, Wafariena dan ramai lagi dilaporkan cedera ketika cuba menjayakan babak aksi.

Penulis mendapatkan pelakon, Farali Khan, untuk mengulas tentang perkara ini. Pelakon filem Tujuh Dua Belas itu dalam ulasannya membariskan beberapa perkara penting yang perlu diteliti seseorang pelakon sebelum memberikan persetujuan untuk menjayakan sesebuah babak aksi.

“Tubuh badan kita nak pakai lama. Sebab itu kena buat latihan betul-betul sebelum melakukan sebarang aksi berisiko untuk sebuah filem. Jangan buat sewenang-wenangnya.

“Kita kena fikir semasak-masaknya, ikut logik akal. Boleh buat atau tidak. Jangan sesekali buat perkara yang diluar kemampuan. 

“Sebagai pelakon, saya juga, akan berbincang semula apabila mendapati aksi yang diminta pengarah terlalu ekstrim atau berbahaya. Kalau saya tak mampu, saya akan bincang untuk cari cara yang lebih selamat bagi menjayakan babak berkenaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Malam Gala Filem Tujuh Dua Belas.

Kata pelakon yang aktif dalam sukan tinju itu, baginya keselamatan di set penggambaran terlalu penting untuk dipandang sebelah mata. 

Dia sebolehnya akan menggariskan beberapa keperluan sebelum mengatakan ‘ya’ terhadap projek filem aksi yang ditawarkan kepadanya.

“Perkara pertama yang akan saya tanyakan kepada pihak produksi adalah tentang insurans, disediakan atau pun tidak. Kemudian paramedik dan kelengkapan keselamatan. 

“Sepanjang pengalaman saya buat filem aksi, belum jumpa lagi syarikat produksi yang gagal sediakan benda itu semua,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya