Jambatan Bagan Datuk-Sejagop dibuka hari ini - Utusan Malaysia

Jambatan Bagan Datuk-Sejagop dibuka hari ini

KENDERAAN yang melalui Jambatan Bagan Datuk-Sejagop selepas jambatan itu dibuka kepada kenderaan hari ini. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Jambatan Bagan Datuk – Sejagop di sini mula dibuka kepada kenderaan hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kenderaan sudah mula melalui jambatan itu sejak pagi tadi.

Penyiapan jambatan bernilai RM460 juta sepanjang 10.5 kilometer dengan 1.54 km adalah panjang jambatan merentasi Sungai Perak yang mula dibina pada 2016, dijangka memberi impak besar terhadap pembangunan di daerah Bagan Datuk.

Jambatan itu memberi kemudahan kepada akses laluan pengangkutan utama dengan masa lebih singkat seperti ke Lembah Klang dan Pelabuhan Lumut, selain menghubungkan Bagan Datuk dengan daerah Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak.

Sementara itu, pengguna jambatan tersebut berkata, pembukaan jambatan itu kepada kenderaan hari ini merupakan satu sejarah kerana ia merupakan kemudahan infrastruktur yang sudah lama dinantikan oleh penduduk daerah ini.

Ahmad Syafie Zainuddin, 45, dari Hutan Melintang di sini berkata, dia teruja apabila dapat memandu kereta di atas jambatan itu hari ini.

“Pertama kali saya melalui jambatan ini hari ini, ia merupakan detik bersejarah buat saya dan penduduk Bagan Datuk kerana jambatan ini memudahkan akses kami untuk ke tempat di daerah-daerah lain.

“Sebenarnya saya tidak pasti sama ada jambatan ini sudah dibuka kepada kenderaan hari ini kerana ada yang kata ia akan dibuka esok.

“Saya ke sini hari ini hanya untuk tengok-tengok sama ada jambatan ini sudah dibuka atau belum. Apabila tiba di sini, saya lihat banyak kenderaan melaluinya dan saya pun ikut melalui jambatan ini.

“Sukar untuk saya gambarkan betapa gembiranya saya apabila berada di atas jambatan ini. Ini memang detik bersejarah apabila pertama kali berkereta di atas jambatan ini,” katanya.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya