Jaga perilaku sebagai tunang orang - Bunga Isme

Jaga perilaku sebagai tunang orang – Bunga Isme

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Bunga Isme, 23, menyifatkan tindakannya mendedahkan kepada umum pertunangannya dengan kekasih yang juga penyanyi, Amzar Sabri sebagai cara menghormati pasangannya itu.

Justeru, Bunga atau nama sebenarnya, Noor Ayu Fatini Mohd. Bakhari berkata, tiada keperluan untuk merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan umum.

“Kita kena kongsi perkara yang baik supaya ramai tahu saya sudah menjadi tunangan orang, sedang menjalinkan hubungan yang serius.

“Pendedahan ini juga menjadi peringatan buat diri sendiri agar jaga perilaku sebagai tunang orang,” katanya ketika ditemui sempena pelancaran Anugerah Bintang Popular, baru-baru ini.

Bunga dan Amzar menjalinkan pertunangan selepas empat tahun bercinta.

Disoal tentang rancangan untuk berkahwin, jelas Bunga dia dan pasangannya itu belum memutuskan sebarang tarikh untuk itu.

Katanya, dia memerlukan masa untuk membina kerjaya dan menetapkan hala tuju kehidupan sebelum mengakhiri zaman bujang.

“Saya juga masih lagi belajar. Selepas tamat pengajian, mahu kerja dahulu.

“Mungkin selepas tiga tahun (akan berkahwin), Insya-Allah. Itu adalah masa yang sangat sesuai memandang saya pada ketika itu sudah berusia 26 tahun,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya