J-Kom lebih kerap turun lapangan bersama komuniti desa, mahasiswa - Utusan Malaysia

J-Kom lebih kerap turun lapangan bersama komuniti desa, mahasiswa

MOHAMMAD Agus Yusof (duduk, tiga dari kiri) dan Ahmad Razif Abd. Rahman (duduk, empat dari kiri) bergambar bersama pemimpin UMNO Bahagian Nerus pada program Town Hall J-Kom Bersama Kepimpinan Kuala Nerus, di Kuala Nerus, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Jabatan Perdana Menteri akan lebih kerap turun ke lapangan dengan mengadakan program bersama komuniti desa dan mahasiswa bagi menjelaskan dasar-dasar kerajaan terutama berkaitan konsep Malaysia Madani.

Ketua Pengarahnya, Prof. Datuk Dr. Mohammad Agus Yusof berkata, langkah tersebut untuk memberi kefahaman kepada rakyat berkaitan dasar kerajaan dengan fakta yang betul mengenai dasar yang dilaksanakan dilaksanakan kerajaan.

Pada masa sama, .menurutnya, pihaknya turut berperanan menangkis pelbagai serangan dilakukan pihak tidak bertanggungjawab bertujuan mencemarkan imej kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita akan memberi penjelasan dasar kerajaan terutama berkaitan konsep Malaysia Madani dalam usaha memupuk masyarakat bertamadun dan menyemarakkan semangat perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucap utama pada program Town Hall J-Kom Bersama Kepimpinan Kuala Nerus, di sini, hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan Ketua Bahagian UMNO Kuala Nerus, Datuk Seri Dr. Ahmad Razif Abd. Rahman.

Dalam pada itu, Mohammad Agus memberitahu, J-Kom juga melakukan persiapan awal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

“Persiapan tersebut termasuk menggerakkan pasukan media sosial bagi merangka program serta latihan untuk menjelaskan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat.

“Bagaimanapun, pasukan itu bukannya bergerak sebagai parti politik, sebaliknya jentera kerajaan untuk memastikan semua dasar kerajaan disampaikan dengan baik dan mudah difahami rakyat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya