Isu bekalan minyak petrol dan disel sangat kritikal

Isu bekalan minyak petrol, diesel sangat kritikal di pedalaman Sarawak

EWON Benedict (dua dari kanan) menandatangan plaq perasmian Stesen Minyak PCS (Petronas ROVR) Koperasi Permodalan Salcra Sarawak di daerah Lundu, petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUNDU: Isu kekurangan bekalan minyak petrol dan diesel di kawasan pedalaman Sarawak antara sangat kritikal disebabkan tiada stesen minyak di kawasan luar bandar.

Permasalahan yang dihadapi ini menyebabkan pengguna sukar untuk mendapatkan bekalan minyak petrol bagi kegunaan harian seperti kegunaan kenderaan, mesin pertanian, bot kecil nelayan dan banyak jentera yang memerlukan petrol.

Justeru itu Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Sarawak, berkata pembukaan stesen milik koperasi di kawasan luar bandar bukan sahaja akan meningkatkan pendapatan koperasi, malah membantu masyarakat setempat khususnya pengguna di luar bandar yang hampir majoritinya terdiri daripada golongan B40.

“la juga boleh memberikan potensi peluang pekerjaan dan memperkembangkan taraf sosioekonomi masyarakat setempat.

“Sehubungan itu, Koperasi Permodalan SALCRA Sarawak Berhad bersama SKM Cawangan Negeri Sarawak telah mengambil langkah proaktif ke arah ini dan menjalinkan kerjasama dengan pihak Petronas ROVR dan akhirnya telah berjaya mewujudkan Stesen Minyak PCS (Petronas ROVR) pertama dimiliki dan diuruskan oleh koperasi di Sarawak dan merupakan koperasi tunggal yang pertama dalam negara yang melaksanakan aktiviti ini,” dedahnya.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedict turut berharap agar lebih banyak koperasi terlibat dalam aktiviti berimpak tinggi serta memberi pulang yang lumayan kepada koperasi dengan membuka Stesen Minyak PCS (Petronas ROVR) ini khususnya koperasi di luar bandar.

“Dengan pembukaan lebih banyak Stesen Minyak PCS milik Koperasi, ia akan membantu masyarakat di luar bandar untuk mendapatkan bekalan minyak petrol dengan harga yang sama dengan di kawasan bandar,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Perasmian Stesen Minyak PCS (Petronas ROVR) Koperasi Permodalan Salcra Sarawak bertempat di Persimpangan BAPOM, Jalan Bau-Lundu, Sarawak petang semalam.

SKM berkata, inisiatif program adalah untuk mewujudkan stesen minyak mini dalam bentuk/kaedah Portable Container System (PCS) ROVR telah diperkenalkanoleh Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui kerjasama Petronas Dagangan Berhad bagi mengatas isu-isu tersebut, seterusnya memberikan kemudahan kepada rakyat mendapatkan bekalan minyak petrol.

Menurut SKM, sehingga 31 Disember 2022, terdapat 15,315 buah koperasi telah didaftarkan dengan jumlah keanggotaan seramai 7.31 juta orang dan modal syer/yuran terkumpul RM16.99 billio dengan aset keseluruhan RM45.50 billion.

Di negeri Sarawak, katanya sebanyak 1,159 koperasi telah didaftarkandengan jumlah anggota seramai 310,178 orang dan jumlah syer/yuran terkumpul adalah sebanyak RM223.90 juta dengan jumlah aset berjumlah RM647.45 juta.

Perolehan oleh gerakan koperasi negeri Sarawak pada tahun 2022 berjumlah RM392.84 juta.

Majlis perasmian petang semalam itu turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Mas Gading Mordi Bimol, Datuk Umar Sarim Saidin, Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM dan Pengarah SKM Cawangan Negeri Sarawak Liew Liuk Chim.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya