Isu air: PM jumpa MB Kelantan, KM Sabah minggu depan - Utusan Malaysia

Isu air: PM jumpa MB Kelantan, KM Sabah minggu depan

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat untuk bertemu pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan dan Sabah pada minggu hadapan bagi menyelesaikan isu bekalan air di kedua-dua negeri tersebut.

Beliau berkata, dalam masa sama satu pertemuan bersama Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) serta Kementerian Kewangan (MOF) bagi membincangkan isu tersebut.

“Saya cuba ubah suai jadual untuk minggu depan. Begitu juga dengan Sabah. Seperti mana saya sebutkan, saya sedang mengatur pertemuan dengan NRECC, MOF dan Menteri Besar Kelantan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Muzakarah Ulama-Umara sempena Festival Turath Islami Selangor, hari ini.

Terdahulu, beliau dilaporkan memberitahu akan mengadakan pertemuan bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Nor dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob bagi mencari jalan menyelesaikan masalah air di kedua-dua negeri itu. 

Anwar menjelaskan, kerajaan amat komited dalam mencari jalan kepada isu tersebut setelah mendapat input permasalahan daripada pemimpin negeri berkenaan berhubung masalah yang membelenggu kedua-dua negeri sejak sekian lama itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya