Isteri tak banyak songeh - Yonnyboii - Utusan Malaysia

Isteri tak banyak songeh – Yonnyboii

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAKAL bergelar bapa, penyanyi rap, komposer dan penulis lirik terkenal, Yonnyboii, 24, pastinya merupakan insan paling teruja buat masa ini.

Hanya Tuhan sahaja memahami rasa gembira pemilik nama sebenar Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, menanti detik menjadi ayah sekitar pertengahan Julai depan.

Mungkin itulah sebabnya Yonny memperlahankan sedikit kerjaya bidang seni, semata-mata untuk menjaga isteri yang sarat kehamilannya.

Dalam satu pertemuan baru-baru ini Yonny mengakui perkara itu. Katanya, dia mahu meluangkan lebih masa bersama isteri tercinta.

“Bukan saya tak ambil langsung (tawaran), tetapi saya kurangkan. 

“Saya risau keadaan isteri yang tengah sarat. Tak mahu balik rumah bawa penyakit seperti Covid-19. Sebab itu saya kurang keluar rumah. 

“Saya mahu lebihkan masa dengan dia, sama-sama lalui pengalaman kehamilannya,” katanya selepas majlis pelancaran kerjasama Secret Recipe dan Universal Music, baru-baru ini.

Yonny dan isteri, Nik Nazira Narriman mendirikan rumah tangga pada November 2021 dan bakal dikurniakan cahaya mata pertama sekitar Julai depan.

Kata penyanyi lagu Sakit ini, dia giat membuat persiapan untuk menyambut kelahiran anak sulung yang jantinanya kekal dirahsiakan sehingga hari ini.

“Saya banyak belajar macam mana nak jaga anak, banyak bertanya kepada kawan-kawan yang sudah bergelar bapa.

“Antaranya seperti perkara asas tukar lampin, lipat seluar baju dan sebagainya.

“Saya tahu lepas ini akan kerap berjaga malam untuk jaga anak. Kalau sebelum ini selalu (berjaga malam) sebab buat lagu, lepas ini tujuannya lain pula,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya