IR Malaysia laksana korban

IR Malaysia laksana korban

Pelaksanaan ibadah korban memberi peluang kepada penerima merasai daging yang disumbangkan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia) tahun ini sekali lagi membuka peluang kepada masyarakat prihatin untuk melaksanakan ibadah korban melalui kempen Rezeki Qurban yang dibawakan dengan slogan #zahirkankesyukuran.

Ketua Pegawai Eksekutif IR Malaysia, Mohd Shukor Tahir berkata, pihaknya membuka penyertaan sebanyak 677 bahagian korban dalam kempen Rezeki Qurban tahun ini.

“Setiap tahun, IR Malaysia komited untuk menjadikan ibadah korban umat Islam di Malaysia khususnya lebih bermakna. Mereka berpeluang melaksanakan ibadah korban di samping membantu golongan memerlukan menerusi agihan sumbangan daging korban.

“Tahun ini, bermula dengan penyertaan serendah RM375 satu bahagian, IR Malaysia bakal melaksanakan ibadah yang sangat dituntut dalam Islam ini di enam buah negara konflik iaitu Mali, Malawi, Somalia, Yaman, Syria dan Palestin,” katanya.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya