Insiden Everest: Post mortem elak insiden berulang

Insiden Everest: Post mortem elak insiden berulang

SALLEH Mohd. Noor (tengah) bersama barisan pendaki ME2023 termasuk Allahyarham Awang Askandar (kanan) dan Muhammad Hawari (dua dari kiri) sebelum berlepas ke Nepal pada 2 April lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sekretariat Malaysia Everest 2023 (ME2023) akan melakukan ‘post mortem’ bagi mengenal pasti punca insiden menimpa dua pendaki mereka ketika misi menawan Gunung Everest baru-baru ini.

Chef De Mission ME2023, Tan Sri Dr. Salleh Mohd. Nor berkata, post mortem itu dilakukan sebaik segala urusan membawa turun jenazah Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, dan misi mencari Muhammad Hawari Hashim, 35, selesai.

Beliau berkata, post mortem itu bakal melibatkan sama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta pihak lain yang terlibat dalam ekspedisi itu.

“Perkara itu penting bagi memastikan inside sama tidak berulang pada masa depan dan aktiviti lasak ini dapat diteruskan oleh generasi muda negara,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dr. Salleh berkata, aktiviti mendaki puncak tertinggi dunia itu sememangnya suatu aktiviti berimpak tinggi dan pendaki memerlukan disiplin tinggi serta tahap kesihatan yang baik sebelum menyertai misi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya