Imigresen Selangor kutip RM100 juta hasil RTK 2.0  - Utusan Malaysia

Imigresen Selangor kutip RM100 juta hasil RTK 2.0 

RTK Imigresen
MUHAMMAD Syahmi Jaafar (kanan) menyantuni wakil majikan yang berkunjung ke kaunter RTK Jabatan Imigresen Malaysia di Kompleks PKNS, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) mengutip lebih RM100 juta hasil kutipan levi dan kompaun menerusi program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 di negeri ini.

Menurut Pengarah Imigresen Selangor, Dr. Muhammad Syahmi Jaafar, jumlah kutipan  bermula Januari hingga 10 Mei tersebut adalah hasil permohonan pendaftaran melibatkan seramai 182,754 pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi program trsebut.

“Sektor paling tinggi mendaftar adalah pembinaan, perkilangan dan perkhidmatan. Selangor ini memang negeri termaju dengan pengoperasian kilang-kilang di kawasan perindustrian. 

“Selain itu, jumlah tenaga buruh yang tinggi bermastautin di Selangor juga antara penyumbang kepada peningkatan permohonan itu,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau pelaksanaan RTK 2.0 bagi Pembantu Rumah Asing (PRA) di Kompleks PKNS di sini hari ini.

Belau menjelaskan, daripada jumlah permohonan itu didapati seramai 20,794 PATI telah selesai urusan verifikasi dan 19,699 permohonan telah diluluskan urusan verifikasi mereka.

Kata Muhammad Syahmi lagi, terdapat  permohonan verifikasi yang tidak lulus disebabkan kesalahan imigresen yang tidak membenarkan mereka untuk ke proses selanjutnya.

Mengulas mengenai PRA, beliau memberitahu,  terdapat seramai 7,250 PRA yang masih aktif di Selangor dengan warga tertinggi adalah Indonesia melibatkan 4,686 orang diikuti Filipina 2,091 dan Vietnam (201 orang).

“Selain tiga negara itu, kita hanya membenarkan PRA ini dari sumber negara iaitu India, Kemboja, Sri Lanka, Thailand, Nepal dan Laos.

“Berdasarkan statistik RTK 2.0 PRA terkini di Selangor mendapati sebanyak 733 permohonan diterima dan hari ini adalah merupakan permulaan bagi urusan verifikasi PRA itu,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya