Baru-baru ini, ada antara rakan industri Cik Bunga datang mengadu mengenai penyanyi Iman Troye.
Terserempak dengan penyanyi itu dalam satu acara hiburan popular, kata teman Cik Bunga, dia terkejut dengan penampilan Iman yang pada waktu itu nampak serba tak kena.
Baju yang dikenakan kelihatan terlalu singkat, jenis crop top begitu. Jadi, faham-fahamlah, kalau baju begitu, duduk ke, berdiri ke, angkat tangan ke, memang akan nampaklah badan. Bila dah lasak-lasak, kita sendiri pun tak perasan baju dah terselak nampak badan ke apa bukan?
Kata kawan Cik Bunga, ramai yang nampak Iman pakai baju begitu sudah mula berbisik-bisik di tepi. Masakan tidak, kalau iya pun hendak pakai baju begitu atas nama fesyen terkini, sekurang-kurangnya pakailah alas dalam.
Ini tidak, kata kawan Cik Bunga, Iman macam tak pakai pun alas dalam. Memang jelas nampak kulit badannya. Hmm… tercengang jugalah Cik Bunga bila dengar sebab satu hal, awak itu seorang wanita bertudung.
Sudah tentulah tidak sesuai berpenampilan seperti itu, tidak sopan langsung. Entahlah, Cik Bunga faham mungkin Iman ini masih muda dan tentunya sedang seronok mahu meneroka banyak perkara dalam hidup termasuklah dalam bab berfesyen.
Tapi, orang yang rapat atau kawan-kawan terdekat Iman pun, tak akanlah tak ada inisiatif langsung untuk menegur ya? Tak pasal-pasal jadi bahan bualan ramai…