Ifa Raziah mohon maaf kepada rakyat Melaka, isu tarian gelek

Ifa Raziah mohon maaf kepada rakyat Melaka, isu tarian gelek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif StarVendors, Ifa Raziah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Kerajaan Negeri Melaka dan seluruh rakyat Malaysia berhubung insiden tarian tidak sopan dan mencolok mata semasa penganjuran festival makanan, baru-baru ini.

Ifa yang juga penyanyi menjelaskan insiden tersebut adalah tidak disengajakan dan berlaku tanpa pengetahuan pihak syarikatnya.

“Segala gerak tari oleh pelaku di atas pentas adalah di luar kawalan kami. Untuk pengetahuan, mereka tiada kaitan mahupun mewakili syarikat kami.

“Pihak kami akan mengambil perhatian sewajarnya atas aduan ini dan komited untuk memastikan perkara ini tidak berulang lagi di masa hadapan.

“Kami sangat berterima kasih atas teguran yang diberikan. Ia adalah sebuah teguran yang sangat baik untuk kami ambil perhatian.

“Sesungguhnya kami amat menyesali apa yang telah berlaku dan kami memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan isu ini,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook rasmi StarVendors.

Terdahulu, tular video yang memaparkan seorang wanita bergelek sakan di atas pentas dalam program anjuran StarVendors di Melaka.

Tindakan yang disifatkan menari dengan aksi mengghairahkan itu mencetuskan kecaman netizen sehingga pihak Jabatan Agama Islam Melaka menerima aduan daripada orang awam.

Pada masa sama, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman turut meluahkan kekesalan terhadap insiden itu dan meminta penganjur membuat kenyataan maaf secara terbuka terutama kepada rakyat Melaka.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya