‘Idol’ usia 13 tahun, antara eksploitasi dan populariti - Utusan Malaysia

‘Idol’ usia 13 tahun, antara eksploitasi dan populariti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Populariti penyanyi berkumpulan baharu Korea Selatan, Babymonster menggila walaupun masih di era pra-debut mereka. Di media sosial, mereka sudah mempunyai lebih satu juta pengikut, angka besar untuk artis yang belum debut. 

Strategi yang dirangka syarikat pengurusan bakat YG Entertainment (YG) mengena apabila siri cuplikan video pengenalan (atau pemasaran) kumpulan itu dijenamakan sebagai ‘The Next Blackpink.’ 

Babymonster dianggap adik angkat kepada Blackpink, diramal akan mencetak siri kejayaan yang sama bahkan lebih besar seperti yang pernah dilakukan kakak mereka iaitu Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo. 

Dengan mengundang Jennie dan Lisa sebagai mentor, Babymonster dengan mudah turut meraih sokongan BLINK (nama kelab peminat Blackpink). 

Mereka dilihat sebagai keluarga dan bukannya pesaing. Oleh itu, tidak ada mana-mana pihak perlu berasa terancam. 

UMUR MUDA UNTUK DEBUT 

YG Entertainment sudah mengumumkan ahli sebenar Babymonster seramai tujuh orang iaitu Ruka, Pharita, Asa, Ahyeon, Haram, Rora, dan Chiquita baru-baru ini. Tidak hanya nama, YG turut berkongsi biodata ringkas mengenai ketujuh-tujuh ahli Babymonster termasuklah umur dan negara asal masing-masing. 

Ahli paling muda, Chiquita yang baru sahaja berusia 13 tahun. Di sinilah sebuah perdebatan dan perbincangan mula membahang. Tidakkah 13 tahun usia yang terlalu muda untuk bekerja sebagai seorang penghibur? Semestinya keresahan dan persoalan itu sangat valid kerana untuk debut, seseorang perlu menjadi pelatih di syarikat pengurusan bakat sekurang-kurangnya empat tahun. 

Mereka bermati-matian latihan, bangun seawal jam 5 pagi untuk bernyanyi, menari dan menjaga makan kerana perlu memiliki berat badan tertentu. ‘Idol’ usia 13 tahun, antara eksploitasi dan populariti Ia bagai satu rahsia umum bahawa industri hiburan Korea Selatan adalah industri yang sukar untuk ditembusi dan mempunyai syarat ketat. 

Chiquita mungkin baru berusia 9 tahun semasa menjalani semua itu di YG. Ini bukan kali pertama bahkan sudah menjadi kebiasaan di Korea Selatan mempunyai artis yang debut pada usia muda. 

Jungkook BTS debut pada usia 15 tahun, BoA debut pada usia 13 tahun, Taemin SHINEee pada usia 14 tahun begitu juga Leeso dari IVE dan Hyein dari New Jeans.

ADAKAH MEREKA DILINDUNGI? 

Tidak salah jika seseorang mempunyai impian menjadi artis pada usia 13 tahun. Namun, mari kita pergi kepada sebuah perbincangan lebih penting. Siapa yang akan melindungi mereka sepanjang bergelar ‘idol’? Jika kita merujuk kepada Akta Buruh Republik Korea Selatan, umur minimum untuk bekerja adalah pada umur 15 tahun. 

Bagi yang ingin bekerja namun tidak cukup umur, mereka perlu meminta permit dari Jabatan Tenaga Kerja (MOEL). Mereka perlu melampirkan keizinan daripada ibu bapa dan tidak boleh meninggalkan pendidikan wajib sekolah menengah dan rendah. Sebab itu, YG membuat kelas standard pendidikan Korea untuk para pelatih. Namun melihat kepada kes eksploitasi, tidak dibayar adil, dan pemaksaan seksual ke atas artis merujuk kepada kes Jang Ja-yeon, Lee Seung-gi, Lu Han dan Kris Wu dari EXO, Han Geng dari Super Junior (sekadar menyebutkan beberapa nama) yang berlaku sejak mereka masih muda, maka satu undang-undang untuk melindungi artis bawah umur baru sahaja diluluskan. 

Undang-undang Perlindungan Juvana (The Juvile Protection Act) diluluskan bagi melindungi artis bawah umur 18 tahun ke bawah di Korea Selatan daripada dieksploitasi oleh mana-mana pihak dalam apa jua bentuk pekerjaan seperti rakaman video, latihan bernyanyi, tarian, terlibat dalam apa-apa bentuk perniagaan dan lain-lain. 

Mereka hanya dibenarkan bekerja tidak lebih daripada 35 minggu seminggu dan tidak dibenarkan menari koreo berunsur seksual. Jika ada produksi yang memaksa artis muda melakonkan babak rogol atau seksual, mereka boleh dipenjara. Semoga udang-undang ini melindungi Chiquita dan manamana artis muda di Korea. 

Namun undang-undang ini tak melindungi mereka sepenuhnya dari dunia populariti yang banyak durinya. 

Kepayahan mengikuti standard kecantikan, terpaksa diet untuk kurus, pembedahan plastik, menghadapi buli dan kata-kata kejam daripada warganet. Artis muda ini harus kebal diri, melindungi diri mereka sendiri.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya