Ibu amang seksual anak dituduh esok - Utusan Malaysia

Ibu amang seksual anak dituduh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang ibu yang disyaki melakukan amang seksual dengan anak lelakinya berusia 14 tahun akan didakwa di Mahkamah Sesyen Klang esok.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pendakwaan ke atas wanita berusia 33 tahun itu melibatkan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Katanya, suspek dijadualkan dituduh di Klang berikutan kesalahan itu merupakan kes jenayah kanak-kanak.

“Setakat ini, ia melibatkan tiga pertuduhan kes di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor.

“Insha-Allah, kita akan membawa wanita itu untuk pendakwaan di mahkamah berkenaan esok,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan perbuatan jijik seorang ibu dipercayai melakukan amang seksual dengan anaknya di Puncak Alam di sini, terbongkar dan dicekup polis pada 2 Mei lalu.

Lebih menyedihkan, suspek dikatakan turut merakam aksi dengan remaja lelaki itu menerusi telefon bimbit.

Wanita itu kemudian turut ditahan bagi membantu siasatan satu lagi kes sama di sekitar Sungai Buloh, Rabu lalu.

Penahanan itu dilakukan susulan laporan dibuat mangsa melibatkan remaja perempuan berusia 15 tahun di Balai Polis Saujana Utama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya