Hobi Pak Long kumpul gambar lama

Hobi Pak Long kumpul gambar lama

ZAINAL Abidin Ismail menunjukkan koleksi gambar lama yang terdapat di galerinya di Kampung Rungkup Kecil di Bagan Datuk, Perak – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Mengumpul gambar lama terutama gambar berkaitan sejarah Bagan Datuk dan Teluk Intan menjadi hobi seorang lelaki di sini, Zainal Abidin Ismail, 76, sejak lima tahun lalu.

Dia yang mesra dengan panggilan Pak Long menjadikan sebuah rumah di Kampung Rungkup Kecil di sini sebagai galeri yang menyimpan koleksi gambar lama miliknya untuk tatapan pelancong.

Antara gambar lama yang memberi makna dan gambar bersejarah yang ada dalam simpanannya ialah gambar Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra yang datang ke Bagan Datuk pada tahun 50-an.

Selain itu, dia juga ada menyimpan gambar-gambar bekas pemimpin negara yang lain yang melawat Bagan Datuk dan Menara Condong Teluk Intan antaranya bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Mohammad Najib Tun Abdul Razak, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya menjelajah ke seluruh Perak termasuk Kuala Lumpur. Jika saya terjumpa gambar-gambar lama yang menarik pasti saya akan beli, setakat ini saya sudah mempunyai 500 keping gambar lama. “Saya tidak pernah terlepas daripada membeli gambar-gambar lama,” ujarnya.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya