Hari Belia Negara angkat suara anak muda - Utusan Malaysia

Hari Belia Negara angkat suara anak muda

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hari Belia Negara bukan sahaja bertujuan untuk mengangkat martabat belia tetapi memberikan ruang kepada mereka mengemukakan masalah kepada pihak bertanggungjawab.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penganjurannya bukan sekadar sambutan biasa, tetapi boleh melonjakkan semangat kepada belia di samping memberikan ruang kepada mereka untuk bersuara dengan berkesan.

Katanya, anak muda perlu melengkapkan diri dengan persiapan keyakinan, ilmu dan amal serta tindakan untuk menjadi seorang manusia yang berguna kepada negara.

“Hari Belia Negara adalah kesempatan angkat semula martabat belia, mengingatkan mereka bahawa mereka pemimpin masa kini dan depan, memberi ruang kepada mereka untuk mengemukakan masalah kepada pihak bertanggungjawab.

“Tetapi yang penting saya katakan sebagai anak muda, kita mempunyai tanggungjawab, berfikir, menilai dan harus sedar untuk menjadi seorang manusia berguna kepada keluarga dan negara, kita harus mulakan persiapan keyakinan, persiapan ilmu, amal dan tindakan.

“Saya percaya sambutan ini bukan sekadar bukan sambutan biasa, tetapi boleh melonjakkan semangat kita dan memberikan ruang supaya saudara dapat bersuara dengan lebih berkesan,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Menurut Anwar, Hari Belia Negara pada 15 Mei setiap tahun merupakan satu pengiktirafan yang tinggi kepada seluruh anak muda di Malaysia.

Katanya, peranan dan sumbangan anak muda adalah cukup besar terutama dalam usaha melakar dan mencorak pembangunan negara, ekonomi, sosial serta lain-lain sektor yang penting.

“Percayalah, belia merupakan tunjang utama dan tulang belakang negara. Selamat Hari Belia Negara. Teruslah menjadi kebanggaan dan harapan buat negara yang tercinta,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya